Sunday, November 13, 2011
Makmal Sains
Kita juga boleh mempelajari sains di makmal
sains.
Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.
Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.
Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?
Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan tersebut?

Peraturan am dan
langkah-langkah keselamatan
- Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk
ke dalam makmal.
- Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah
berjaga-jaga di dalam makmal
- Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
- Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
- Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
- Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
- Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru sahaja.
- Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
- Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
- Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat demikian.
- Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan bahan kimia yang betul.
- Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.
- Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
- Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.
- Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
- Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.
1 comment:
Time kasih tau
Post a Comment