Thursday, 14 January 2016

Hadis : Perpaduan Teras Kemajuan

Assalamualaikum.Tujuan saya menulis hadis dalam blog saya ini sebagai rujukkan para pelajar terutama peperiksaan SPM.Pada pagi syayyidul yam atau penghulu segala hari iaitu jumaat,mengkongsikan sepotong hadis perpaduan teras kemajuan.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw telah bersabda : "Sesungguhnya Allah berfirman : Janganlah kamu dengki mendengki ,jangan tipu menipu ,jangan benci membenci ,jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain . Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara . Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara  . Mereka tidak boleh menzalimi ,tidak boleh membiarkannya dalam kehinaan , tidak boleh membohonginya dan menghinanya sesama Islam .  Taqwa itu di sini ,kata Nabi S.A.W sambil menunjuk kedadanya tiga kali.Memadai seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya.Setiap orang Islam ke atas orang Islam lain haram darah , harta dan kehormatannya. (Riwayat Muslim)


Sebab Islam melarang umatnya melakukan perbuatan negatif

1. Boleh mencetuskan pergaduhan
2. Aktiviti masyarakat tidak lancar.
3.Di pandang enteng/rendah/serong
4.Mundur ekonomi dan menggugat hubungan silaturrahim antara jiran

Pengajaran

1. Semua umat Islam adalah bersaudara
2. Sifat dengki dan pulau memulau akan menghancurkan perpaduan ummah.
3. Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara .
4.Mengekalkan perpaduan setiap ahli masyarakat.

Langkah-langkah

1.Mengamalkan budaya ziarah menziarahi (bukan waktu kenduri,waktu orang meninggal atau waktu perayaan malah bila2 sahaja boleh ziarah mengikut waktu sesuai)

2. Memelihara hak orang lain
3.Memupuk kasih sayang antara anggota masyarakat.
4.Bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah anggota masyarakat.

Selain itu,saya ingin mengkongsikan satu hadis,satu cerita,satu tokoh dan lain-lain lagi mengikut keadaan masa saya.Allahualam.Allahumma solli a'ala muhammad.


No comments: