Assalamu'alaikum w.b.t
Dengan penuh takzim dijemput sekalian muslimin dan muslimat untuk mengikuti program-program sepanjang tahun 2016 anjuran Pusat Rawatan Islam dan Tarbiah Ilmu Nuraniyyah (PRISTIN) yang diurustadbir oleh Darul Nuraniyyah Sdn. Bhd.
Khusus buat mereka yang terlibat dengan bidang perubatan Islam, jom timba ilmu secara formal dan professional.
Inshaa Allah, Kursus Asas Rawatan Islam Siri 1 : MUALLIJ PROFESSIONAL akan berlangsung pada Ahad, 31 Januari 2016 yang akan dikendalikan oleh Pengasas PRISTIN, Ustaz Sheikh Mohd Faizal bin Omar (Tajuk : Prinsip Asas Rawatan Islam, Ciri-ciri Perawat Islam) dan Ustaz Haji Asyraf Ismail, Pegawai Tadbir Agama Islam Perak (Daerah Ipoh) (Tajuk : Perbomohan vs Rawatan Islam dan Garis Panduan Perubatan Mengikut Syarak)
PROFIL AHLI PANEL UTAMA
- Ustaz Sheikh Mohd Faizal bin Omar
- Ustaz Sheikh Mohd Faizal bin Omar
i. Pengasas Pusat rawatan Islam & Tarbiah Ilmu Nuraniyyah (PRISTIN) yang telah ditubuhkan pada Jun 2009.
ii. Bepengalaman luas secara sepenuh masa dalam bidang perubatan Islam sejak tahun 2008.
iii. Penulis buku “BIOGRAFI JIN : MENYINGKAP RAHSIA ALAM JIN” dan “BINGKISAN BUAT PESAKIT” terbitan Yamani Angle Sdn. Bhd.
iv. Perawat berdaftar dengan Gabungan Pengamal-pengamal Perubatan Traditional Malaysia (GAPERA) yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
v. Perunding perubatan, kesihatan dan pemakanan sunnah dengan kepakaran dalam bidang Thibbun Nabawi (Perubatan Cara Nabi).
vi. Berpengalaman luas mengedalikan kursus, bengkel, seminar, ceramah dan kuliah dalam bidang Perubatan Islam khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), masjid dan surau.
vii. Panel Perubatan Islam Hospital Gleaneagles, Ampang sejak 2013 hingga kini.
viii. Pernah berkhidmat sebagai panel perubatan Islam Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu 2013-2015.
ix. Pernah memberi khidmat kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta IPT dalam hal ehwal Perubatan Islam.
x. Pernah menjadi perawat jemputan bersama Morapis Edar Sdn. Bhd. dalam siri rawatan Islam terbuka di Kuantan, Temerloh dan Pulau Pinang (2010-2011) susulan slot Perubatan Islam di Mutiara FM (Pulau Pinang) dan Radio Malaysia Pahang.

2 comments:
Assalamualaikum ustaz, saya berharap blog ustaz ini masih aktif lagi. Saya ingin minta penerangan dan pencerahan dari ustaz. Saya bermimpi pulang ke rumah arwah opah saya yang kini lagi tidak berpenghuni. Dalam mimpi itu, halaman rumah dinaiki air kerana hujan, kemudian ayah saya telah melihat buih keluar dia air lalu ayah saya mengambil kayu lalu mencucuk di buih tersebut.
Kemudian, keluar dua ekor ular hitam yang kecil berlegar2 di air, kemudian 2 ekor ular tersebut bertukar menjadi ular yang besar. Tetapi setelah bertukar, 2 ekor ular tersebut bergaduh sesama sendiri, selepas itu 2 ekor ular besar tadi berubah lagi menjadi ular lagi besar tapi mempunyai 2 pasang kaki seperti naga tetapi kali ini berwarna hijau. Salah seekor ular tersebut mati dan hlang akibat pergaduhan. Apabila saya amati, 2 ekor ular tersebut bergaduh kerana merebutkan sejenis cincin berwarna putih dan mempunyai batu berwarna putih susu.Cincin tersebut diletakkan di atas tanah. Kemudian Ular yang menang tersebut melihat saya kerana saya ternampak cincin tersebut. Lalu ular itu mengejar saya. Saya berlari dan kemudian saya cuba mengelak dari dikejar dan ular tersebut hilang secara tiba-tiba. Lalu saya terus mengambil cincin tersebut. Setelah itu, dalam mimpi itu juga seseorang memberitahu saya bahawa cincin tersebut adalah geliga ular, dan jika ingin menggunakan khasiatnya saya perlu kemam di bawah lidah. Lalu saya mencubanya, dalm mimpi tersebut seluruh badan saya menjadi kebal dan tidak berasa sakit ataupun luka apabila dipukul atau ditikam. Lalu saya terjaga dari tidur pada pukul 4 pagi, keadaan saya ketika itu masih mamai dan saya melihat cincin tersebut berada dalam genggaman saya. Saya tidur semula. Apabila saya bangun untuk menunaikan solat subuh, cincin tersebut sudah tiada lagi.
Mohon penerangan dari ustaz.
Terima Kasih.
@fizzi.Saya syorkan jumpa perawat islam yang sahih untuk sesi rawatan yang berdekatan kawasan anda
Post a Comment