Daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan , katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah itu baik.Dia tidak menerima melainkan yang baik.Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahNya kepada semua rasul . Dengan firmanNya (seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud ): Wahai sekalian rasul ! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh .FirmanNya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman! Makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu . Kemudian Baginda menyebutkan seseorang lelaki yang jauh perjalanannya , kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua belah tangannya ke langit (berdoa).Wahai Tuhanku !
Wahai Tuhanku ! Pada hal makanannya haram,minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan haram . Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?(Riwayat Muslim)
Ciri makanan yang halal lagi toyyibah(halal dan suci)
1. Makanan yang berkhasiat
2.Makanan yang seimbang.
3.Makanan yang bersih
4.Makanan yang halal
5.Makanan yang suci
6.Makanan yang baik dan berzat
Hikmah memilih makanan yang baik
1.Menjaga kesihatan badan
2.Ia membantu pertumbuhan badan
3.Mencergaskan otak(sebab kenapa golongan hafiz,tarannum dan cerdik kerana mereka jaga makanan dan minum iaitu sumber yang halal(disembelih oleh orang islam,tiada unsur subhah) ,tidak makan otak ikan,ambil manis yang berlebihan dan masam.
4.Dapat menunaikan ibadat yang baik.
5.Membentuk akhlak mulia.
Faedah menjauhi makanan dan minuman yang haram
1.Doa dimakbulkan
2.Kesihatan diri terjaga
3.Terhindar daripada seksaan neraka.
4.Memelihara kewarasan akal.
Cara menghindarkan diri daripada makan-makanan yang haram
1. Memastikan penggunaan bahan yang halal.
2.Hendaklah memilih restoran yang halal/tempat yang halal
3.Menjauhi makanan subhah agar kita tidak termakan makanan haram.
Syarat Islam mengharuskan umatnya makan-makanan yang haram ketika darurat
1.Tiada makanan halal hanya makanan haram sahaja yang ada
2.Makan dan minum bukan untuk kenyang dan untuk menyelamatkan nyawa.
Saya teringat guru sains saya pasal isu coklat cabberi.Tidak silap saya ,guru sains saya dulu sekolah agama.Guru saya siap bagi hadis.Seperti dibawah ini:
Hadits dan terjemahan
«عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعمَان بْنُ بَشِير رَضِيَ الله عَنهُمَا قال: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَد اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلاَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ، أَلاَ وَإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً: إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ القَلْبُ» . رواه البخاري ومسلم.
“Dari Abu ‘Abdillah an Nu’man bin Basyir Radhiyallahu ‘anhuma, an Nu’man berkata : aku mendengar Rasulullah Muhammad SAW bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada hal-hal yang syubhat (menyerupai halal atau menyerupai haram), Banyak orang tidak mengetahui hal-hal yang syubhat itu. Barang siapa yang menjaga diri dari yang syubhat maka ia telah membebaskan diri dari yang haram untuk agama dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjatuh pada syubhat, jatuh pada hal yang haram, ia seperti penggembala yang menggembala di sekitar kebun yang dijaga, pastinya gembalaannya akan memasuki kebun itu. Sesungguhnya setiap raja memiliki batas wilayah yang dijaganya, Adapun batasan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkannya. Sungguh dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rusak maka rusaklah seluruh tubuhnya, Sungguh ia adalah jantung” (HR Bukhari dan Muslim)
Allahualam.Insyaallah sambungan seteruskan.Saya izinkan bagi rujukan sesiapa lebih2 lagi para pelajar spm .Pelajar sekarang kena banyak membaca,dengar kuliah,talaqqi kitab dan lain2 lagi kerana ada soalan KBAT(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) malah untuk hidup kita.hingga akhir hayat.
No comments:
Post a Comment