Monday, 21 October 2013

KAEDAH MEMBACA BERKESAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya ingin kongsikan ilmu saya pelajari di Motivasi Alihan Pelajar  (MAP) yang diusahakan oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.Pelbagai cara pakar motivasi mengajar teknik membaca berkesan.Adakah kita mengambilnya?.Ataupun kita pernah mengikutinnya tetapi tidak berkesan.Apakah sebabnya?.Ada pelajar tahu cara membaca berkesan.Kenapa masih sama markahnya?.Ada yang lebih teruk lagi langsung tak tahu.Kesian dan marah pun ada.Penyelesaian ada dibawah:

1.Pilih masa belajar yang sesuai.
2.Pilih suasana yang sesuai.
3.Kedudukan yang betul.Jarak buku dengan mata lebih kurang satu kaki.
4.Kumpulkan semua bahan yang diperlukan setempat.
5.Mulakan dengan Bismillah serta doa.Minta pada Allah agar diterangkan hati dalam memahami dan mengingati setiap bahan yang dibaca.
6.Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujan pembcaan itu dilakukan.

- Membaca untuk hiburan.Tidak memerlukan kadar tumpuan yang tinggi.Bahan-bahan yang biasanya dibaca dengan cara ini termasuk komik,buku,cerita,novel,cerpen,akhbar dan sebagainya.

- Membaca untuk mendapatkan maklumat tertentu.Anda membaca hanya untuk mencari maklumat-maklumat yang tertentu sahaja.Anda hanya perlu melihat bahan yang dibaca dengan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Kemudian anda memperlahankan bacaan serta meneliti maklumat tersebut bagi memahami kandungannya.

- Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca  untuk memahami konsep , istilah , logik  dan sebagainya.

No comments: