Wednesday, 17 September 2014

Adab dan hak ke atas ibu bapa

Assalamualaikum semua.Hari ini saya ingin kongsi ilmu yang saya pelajari sebulan pada musim cuti sekolah tahun lepas.Tajuknya Adab dan hak ke atas ibu bapa


Jasa dan pengorbanan ibubapa yang mesti dikenang  oleh seorang anak ialah :

1.Mengandungkan
2. Melahirkan
3.Menyusukan
4.Mengasuh
5.Mendidik
6.Memberi nafkah
7.Mengasihi

Perkara mulia yang meti ada pada seorang anak terhadap ibubapa ialah kasih sayang

Cara menghormati ibu bapa :

1. Bercakap sopan seperti bercakap baik,berlemah lembut,bergaul mesra dan sentiasa menjaga perasaan ibubapa.
2.Mendoakan ibu bapa
3.Menziarahi ibu bapa sekiranya anak tinggal berjauhan/menanyakan khabar ibu bapa jika kita kesibukan.Ingat!Jgn musim raya telefon ibu bapa mahupun balik kampung.Jgn menyesal jika ibu bapa dipanggil oleh ILAHI.
4.Menghormati sahabat-sahabat ibu bapa.Jika kalian tidak mempunyai ibu bapa tanyakan khabar sahabat2 ibu bapa.
5.Bangun menghormati keduanya apabila ibu bapa datang atau tiba termasuk ibu bapa mentua.pun sama kena hormat macam ibu bapa kandung kita sendiri.

No comments: