Assalamualaikum semua.Syukur pada Ilahi kerana Allah masih menghidupkan kita dengan pelbagai nikmat diberi untuk teruskan hidup sebagai khalifah di bumi ini.Hari ini saya ingin mengkongsikan suatu kisah daripada buku Padanya Ada Hikmah karangan Bahruddin Bekri.Saya galakkan anda untuk membeli buku ini kerana dalam buku ini terdapat pengajaran,Islam menggalakkan umatnya membaca.Jom hayati kisah ini.
Cerita 1
Isyarat Daripada Allah
Duduk di wad hospital dengan jenis penyakit yang membuat lidah berbelit menyebut namanya , bukan sesuatu yang boleh dikatakan hidup seperti biasa. Di situ saya seperti lupa masa ,lupa hari dan lupa apa maknanya bahagia . Hanya terbaring menunggu jururawat yang semakin hampir ke malam semakin kurang senyumannya ,datang membawa makanan,memeriksa itu ini dan kemudiannya pindah ke katil sebelah .
Mujur juga sebenarnya ,bersebelahan dengan katil saya ada seorang bekas polis yang menghidap leukemia .Saya tidak tahu apa akibat leukemia tetapi saya sangat tahu dengan umurnya yang sudah 56 tahun ,leukemia membuatkannya seperti sudah putus harapan.
Saya kurang berbual dengannya ,tetapi saya tahu ,dia lebih jauh menderita daripada saya . Saban hari , doktor hanya bertemunya berkata dengan penuh solat dan wajah yang seriusnya . Wajah yang cuba menenangkan pesakit itu. Dan terkadang ,sempat juga saya mendengar para doktor itu berbisik sesama mereka ,"sudah tidak ada harapan."
Anehnya ,walaupun sudah berbisik begitu ,tetap juga mereka memberitahu pesakit itu ,"kami akan usahakan sedaya supaya kami".
Yang membuatkan saya semakin aneh pada ketika pesakit itu berkata , " Bantu saya ,doktor.Berilah apa ubat sekalipun ."
"Kami akan usahakan memberi ubat yang terbaik ,"
Kejadian itu yang membuat saya sering kehairanan mengapa ia berlaku ? Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena ,tetapi saya tidak tahu apa,cuma saya yakin dan dapat rasa dengan hati, memang ada sesuatu yang tidak kena kena . Sehinggalah pada hari itu saya tahu perkara apa yang tidak kena itu.
sambungannya tunggu...
No comments:
Post a Comment