Monday, 22 February 2016
Kelebihan Membaca Al Quran (vol 2)
7. Al-Quran dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari kiamat. Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda
Nabi s.a.w yang bermaksud "Kamu hendaklah membaca Al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya(Hadis Riwayat Muslim).
8. Allah akan menaikkan darjat dan kemuliaan pembaca Al-Quran di dalam syurga.
9. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan dan menyinarkan jiwa. Daripada Ibnu Umar R.A berkata :
"Rasulullah s.a.w telah bersabda : hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air . Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula? Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran ."
10. Kemuliaan dan kelebihan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran akan melimpah juga kepada kedua ibu bapanya .
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca Al - Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamanya , ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini .
Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment