11. Selamat dari api neraka dan mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama
malaikat.
12. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibnu Majah digandakan 400X , Ibnu Al Jauzi digandakan 700X).
Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda : barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah(Al Quran) baginya satu hasanah
dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda . Daku tidak katakan bahawa Alif,Laam dan Mim sebagai satu huruf , tetapi Alif ialah satu huruf,Laam satu huruf , Mim satu huruf(jadi membaca Alif,Laam Mim terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum tiga
puluh kebajikan) .
13. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat .
14. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin ,Syuhada dan Solehin.
15. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para
malaikat.
Mengikut riwayat , Hussin Bin Hudzir membaca Al Quran (Surah al Kahfi) .
Dalam pembacaannya beliau melihat kudanya meronta . Apabila beliau menghentikan bacaannya , maka kudanya senyap . Kemudian beliau keluar dari rumah sambil membaca
Al Quran . Maka dilihatnya awan yang rendah . Dekat dengan bumbung rumahnya . Kudanya meronta kerana takut melihat awan yang rendah itu. Apabila beliau menghentikan
bacaannya , maka awan itu menjauh darinya (naik) dan kudanya senyap.
Begitulah keadannya dan berulang perkara ini . Lalu diceritakan kepada Nabi SAW dan Nabi bersabda "itulah malaikat Rahmat yang turun kerana bacaan Al Quran olehmu".
16. Pembaca yang mahir dan baik bacaan ,diutamakan menjadi imam solat.
Allahualam.Jom kita mengambil intipati untuk mengamalkannya.Jom membaca Al Quran!Jom pergi kuliah!Jika saya salah,diperbetulkan.Kita selalu dengar pelajar-pelajar tahfiz
dan ustaz-ustaz mereka/ustazah2 mereka"sampaikan kepada orang lain dan amalkan".Rupa2nya dalam hadis. Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallambersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Insyallah tajuk baharu Kelebihan Al Quran.

No comments:
Post a Comment