Sunday, 21 February 2016

Kelebihan membaca Al Quran(Vol 1)

1. Daripada Ibnu Umar R.A berkata ,sabda Rasulullah S.A.W ,"Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air,seorang sahabat bertanya,"bagaimana menghapuskan karat tersebut "? Jawab Nabi S.A.W "banyakkan menyebut mati dan membaca Al Quran".

2.Rumah yang jika dibaca di dalamnya Al Quran akan dikunjungi para malaikat dan dijauhi syaitan ,kehidupan ahli rumah tersebut dipenuhi dengan kebaikan dan dijauhi kejahatan . Manakal rumah yang tidak dibaca Al Quran di dalamnya akan dikunjugi para syaitan dan dijauhi para malaikat.

3.Dan dari Ibnu Abbas R.A bersabda Rasulullah S.A.W  "Sesungguhnya orang yang tiada dalam dirinya sedikitpun daripada Al Quran,laksana rumah yang buruk " Riwayat Tirmizi .Hassan lagi sahih

    Hadis ini bermaksud orang yang tiada dalam dirinya satu surahpun walaupun surah al-Ikhlas (menunjukkan surah yang pendek ),maka dirinya umpama rumah yang buruk(tiada berpenghuni)

4. Orang yang selalu membaca Al Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan dan darjat yang tinggi di atas dunia.

5. Penawar bagi hati yang gelisah , perasaan yang tidak tenteram serta menghapuskan segala perkara yang merungsingkan dari hati . Ia menjadi mujarab bagi orang yang biasa membaca Al Quran dan berzikir kepada Allah Ta'ala , kerana Al Quran dan zikrullah itu menjadi jampi(ruqyah) dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

   Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah S.A.W ,Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung(berduka).Lalu lelaki itu berkata :"Wahai Ibnu Mas'ud ,berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah  ini. Sejak akhir-akhir ini ,perasaanku tidak begitu tenteram jiwaku sentiasa gelisah ,fikiranku juga selalu kusut . Aku tidak selera hendak makan,tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata : "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu,maka hendaklah  kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca Al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya . Kedua ,majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas".

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini . Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT .Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya :"Ya Allah Ya Tuhanku ,sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada hati yang tidak khusyuk  dan doa yang tidak didengari dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat .Aku berlindug denganMu daripada empat perkara itu:

6. Mendapat pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca Al Quran dan berzikir kepada Allah Ta'ala , kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama serta menguatkan iman.

   Orang yang membaca Al Quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat . Sesiapa yang membaca Al Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala(pahala membaca dan pahala kesusahan).(Hadir Riwayat(HR) Bukhari dan Muslim).

   Dan dari Ibnu Mas'ud katanya,telah bersabda baginda oleh Rasulullah s.a.w

"Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (Al-Quran) , maka baginya satu pahala . Dan satu pahala ini diberi dengan 10 kali ganda  . Aku tidak berkata 'Alif , Laam , Mim' itu satu huruf , bahkan Alif itu satu huruf , Laam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf'.(Hadis Riwayat Tarmizi.Dikatakan hadis ini hassan lagi sahih.)


Sambunganya Insyaallah

No comments: