Tuesday, 22 March 2016

Hadis: Kehidupan Di Dunia Ibarat seorang perantau

   Maksud hadis :

   "Daripada Abdullah Bin Umar R.A berkata : Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda :
     Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara  . Ibnu Umar
     berkata : Jika kamu berada pada waktu petang,janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi .
     Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya waktu petang .
     Gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit
     dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.

      Persamaan kehidupan di dunia dengan seorang perantau


  •       Tempoh kehidupan didunia terlalu singkat
  •       Dunia tempat manusia mencari bekalan diakhirat
  •       Manusia tidak wajar leka dengan keseronokkan dunia

      Teknik pengurusan masa secara efektif

  • Merancang penggunaan masa
  • Mengurus masa dengan bijak
  • Menentukan wawasan hidup
       Cara pengurusan masa untuk menjadi pelajar yang cemerlang :

  • Menyediakan jadual waktu belajar 
  • Memperuntukkan masa untuk mengulang kaji
  • Tidak menangguhkan kerja.
       Pengajaran hadis

  •   Tempoh kehidupan didunia terlalu singkat
  •   Manusia hendaklah menggunakan tempoh hidup  di dunia dengan sebaik mungkin.
  •   Islam melarang kita menangguhkan urusan kehidupan .

No comments: