Allah S.W.T Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran , tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain .
Pahala tiap-tiap huruf Al -Quran dijelaskan dalam sepotong Hadis dari Ibnu Masud R.A dari Rasulullah S.A.W
Daripada Ibnu Masud R.A telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya , Aku tidak mengatakan Alif Laam Mim satu huruf
tetapi Alif satu huruf , Lam satu huruf dan Mim satu huruf .
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A telah bersabda Rasulullah S.A.W :
Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam
golongan yang lalai .
Sesiapa yang memelihara sembahyang fardhu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan
sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat .
Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan
yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada Hari Kiamat .
Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini , pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk .Berpandukan
Hadis Rasulullah S.A.W yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut :
- Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan .
- Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan . Allahualam.Insyaallah saya akan sampaikan apa yang pelajari .Tajuk baharu ..tunggu

No comments:
Post a Comment