9. Masa (Waktu) semakin singkat
Diriwayatkan dari Abu Hurairah katanya. Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
"Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan(semakin singkat) , setahun
seperti sebulan ,sebulan seperti seminggu , seminggu seperti sehari , sehari seperti sejam,
sejam terasa sangat singkat . " (Musnad Ahmad 2 : 537-538)
10. Banyaknya syirik dikalangan umat Islam
Abu Daud dan Tarmizi meriwayatkan dari Tsauban R.A telah berkata , telah bersabda
Rasulullah S.A.W
'Apabila pedang telah diletakkan pada umatku , maka ia tidak akan diangkat hingga hari kiamat . Dan tidak akan datang kiamat itu sehingga beberapa kabilah dari umatku mengikut
tingkah laku kaum musyrik dan sehingga ada beberapa kabilah dari umatku yang menyembah
berhala-hala .'(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
11. Penyakit bakhil dan kikir berleluasa
Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Jagalah dirimu , jangan sampai berbuat zalim kerana kezaliman itu menyebabkan
kegelapan pada hari kiamat . Dan jagalah dirimu , jangan sampai terkena penyakit
syuh(kedekut) kerana penyakit syuh itulah yang merosakkan orang-orang sebelum
kamu , iaitu mendorong mereka untuk melakukan pertumpahan darah dan
menghalalkan sesuatu yang diharamkan ke atas mereka"
(Hadis Riwayat Jabir bin Abdullah R.A)
12. Banyaknya gempa bumi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak terjadinya gempa bumi'
(Hadis Riwayat Abu Hurairah)
13. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja .'
(Hadis Riwayat Ahmad)
Allahhualam.Lebih lanjut dan kepastian tanya guru anda
No comments:
Post a Comment