Monday, 25 April 2016

Sebab-sebab hati tidak tenang

Assalamualaikum syukur pada Allah S.W.T yang telah memanjangkan usia kita untuk ibadat kepadaNya dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,keluarganya,para sahabat,para tabiin dan at tabiin.Saya bukan ustaz cuma sebagai pelajar yang masih memerlukan ilmu dan nasihat.Jika saya silap tegur dan kongsikan cara korang.Pada pagi ini 26/4/2016 ingin mengkongsikan sebab hati tidak tenang.

Sebabnya ialah terdapat dalam diri anda sifat-sifat mazmumah atau tercela. Antara sifat mazmumah utama yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :

1. Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia . Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang . (siapa nak dekat kalau asyik nak marah je..senyum-senyumlah sikit ..tentu orang tidak takut nak dekat.)

2. Pendendam

Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada . Orang seperti ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam sehinggakan perkara kecil sekalipun . Seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendaminya itu .

3. Hasad dengki

Tidak boleh melihat orang lebih dari dirinya

4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta , kesenangan  , pangkat dan lain-lain dari dirinya . Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit .
(rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t elok dikongsikan bersama)

Allah s.w.t lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah kemudian Allah s.w.t benci orang yang abid tetapi bakhil . Kerana walaupun fasiq ,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah s.w.t beri melalui makhluk.

Allahualam sambungan insyaallah.

No comments: