FIQH MUAMALAT | AL-SALAM - PENDAHULUAN
al-Salam atau السلم merupakan salah satu bentuk jual beli yang mana wang / bayaran didahulukan dan barangan dihantar kemudian. Keharusan al-Salam membuktikan bahawa Syariah mengiktiraf keperluan manusia dalam berurus niaga, walaupun pada asasnya Syariah tidak menggalakkan berurus niaga tanpa barangan wujud semasa akad. Ini kerana ada kalanya kita terpaksa memberi wang pendahuluan kepada pihak pembekal agar mendapat bekalan dengan lebih murah. al-Salam dikenali juga dengan al-Salaf.
Rasulullah SAW ada bersabda: "Sesiapa yang melakukan urus niaga salaf (memberi wang pendahuuan), maka lakukanlah dengan sukatan yang diketahui, dan timbangan yang diketahui, pada tempoh yang telah diketahui." [SAHIH BUKHARI]
Boleh dikatakan ijmak para sahabat dan umat Islam bahawa Syariah mengiktiraf kontrak ini.
Pastikan produk yang akan diperoleh itu, diketahui jelas spesifikasinya dan tempoh penghantaran. Kalaupun ada perbezaan pun, perbezaan itu janganlah ketara sangat. Sebab itu, Syariah mensyaratkan 'salam' pada produk yang bersifat '#mithliyyat' **, contohnya gula, garam, minyak sawit, minyak petrol, atau produk jenis borong dan seumpamanya. Langganan majalah bulanan, prepaid telefon pun boleh dianggap salam.
Kontrak #SALAM lebih kurang dengan kontrak tempahan atau istisina' الاستصناع. Kontrak ini lebih menjurus kepada produk yang bersifat spesikasi yang agak customised, seperti baju, rumah, kek hari lahir dan sempamanya.
Beberapa syarat salam ialah;
- produk yang dianggap ribawi seperti wang, emas dan perak, jika modal yang didahululan daripada jenis yang sama. Contohnya dalam urus niaga forex, tak boleh ditangguhkan penyerahan matawang asing.
- Perlu ditetapkan tempoh, salam tidak sah tanpa tempoh yang ditetapkan terlebih dahulu.
- produk yang sudah ditentukan, seperti kereta, hartanah
- pendahuluan tidak boleh berhutang. Justeru, para sarjana pada asasnya tidak membenarkan melewatkn bayaran pendahuluan, tetapi ulama mazhab Maliki membenarkan melewatkan bayaran pendahuluan. Jika tidak, akan berlaku belian hutang dengan hutang.
- produk yang dijadikan subjek salam ini tidak boleh dijual kepada pihak lain sebelum waktu serahan, dengan harga lebih daripada harga dibeli, menurut jumhur. Namun ada sesetengah mazhab seperti Maliki membenarkan jual produk selain makanan sebelum diserahkan, dengan harga pasaran, tanpa untung.

No comments:
Post a Comment