Tuesday, 25 October 2016

Hadis-hadis asas berkenaan peraturan solat berjemaah

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Imam itu untuk diikuti Makmum , oleh itu janganlah kamu menyalahinya , jika dia bertakbir hendaklah kamu ikut bertakbir , apabila dia rukuk hendaklah kamu ikut rukuk"(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya aku adalah imam kalian , janganlah kalian mendahuluiku dengan rukuk, tidak pulak dengan sujud ,tidak pulak dengan bangun berdiri dan tidak pula dengan keluar dari solat,kerana aku dapat melihat kamu dari hadapan dan belakangku."(Hadis Riwayat Muslim)

Peringatan

Jika imam terkentut masa sujud ,tunggu imam keluar(Cakap subhanaallah). Kita yakni makmum bangun langkah dan terus ganti imam.

Jika Imam terlupa Al Fatihah ,makmum sebut subhanaallah dan lafaz surah Al Fatihah sama jugak yang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W :

" Tidaklah orang-orang yang mengangkatkan kepalanya mendahului Imam itu tidak merasa takut Allah akan mengubahkan kepalanya menjadi himar(keldai) atau menjadikan rupanya seperti himar(keldai)?".(Hadis Riwayat Muslim)

Dua rukun berturut-turut batal solat.
Imam menoleh dan berpesan luruskan saf adalah sunnah .

Mubaligh
Menyampaikan pergerakan tuan imam/khalifah
Mengeraskan suara

Perhatian :

Hadis-hadis tersebut cukup jelas mengharamkan perbuatan mendahului Imam pada gerak rukuk ,sujud dan sebagainya dari rukun-rukun solat .Hukum haram itu ditasrihkan di dalam Kitab at Tahzib dan at Tatimmah dan telah disahkan dalam Kitab Sayrh al Muhazzab dan Kitab al Kifayah

Tuntutan sunnah sebelum solat berjemaah

1. Terdapat empat tuntutan sunnah sebelum solat berjemaah iaitu

a. Azan
b. Iqamah
c. Merapatkan saf(keseimbangan saf)
d.Mengambil sutrah

Tujuan sutrah untuk elakkan gangguan .Contohnya
-Mihrab
- Dinding
-Tiang
- atau letakkan sesuatu di depan
sambungan

No comments: