Kaedah Mokhdar telah diasaskan oleh En. Makhtar Hj. Mansor. Beliau berkelulusan LLB (Hons) dari Universiti Malaya adalah bekas Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen, bekas Majistret Kanan Teluk Intan, bekas Peguam Kanan Persekutuan merangkap Timbalan Pendakwa Raya Malaysia bagi negeri Kedah dan akhir sekali, bekas Pegawai Undang-Undang Satu, Mahkamah Agung Malaysia (the First Legal Officer of the then Supreme Court).
Pemikiran dan kajian mendalamnya tentang beberapa isu akhirnya telah melahirkan kaedah Mokhdar, kaedah yang telah terbukti dalam membantu melonjakkan sekian ramai pelajar dan individu di dalam semua bidang Matematik dan Sains, dan semua bidang ilmu dan kehidupan. Sekiranya kaedah ini dilaksanakan dalam sistem pendidikan Negara, ia pasti akan memangkin kelahiran masyarakat paling pintar di dunia di dalam bidang-bidang tersebut.
Mokhtar meletak jawatan daripada Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia pada 11 November 1993 untuk bergiat aktif menyebar pengetahuan dan kemahiran tentang kaedah Mokhdar, dan menyebar penemuan dan keyakinannya terhadap segala faktor yang menyebabkan ketewasan bangsa di dalam banyak bidang, penemuan dan keyakinan yang antaranya telah melahirkan kaedah Mokhdar ini.
Maklumat Gambar
Dari kiri: Professor Dato’ Dr.Hashim Wan Teh, Mokhtar, Rofeah (isteri Mokhtar), Nurul Hidayah, Prof.Madya Dr.Zaleha dan Prof.Madya Dr.Kamaruddin Md.Isa (kini keduanya professor penuh). Gambar dirakam selepas pembentangan kertas kerja oleh Mokhtar di ‘Seminar Angka dan Tamadun Melayu’, anjuran ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM). Seminar yang dijalankan di Bilik Majlis, UKM, Bangi, pada Februari 1996 ini diberi liputan dan sorotan meluas oleh semua akhbar arus perdana, stesen-stesen TV dan radio, majalah dsb.
No comments:
Post a Comment