Sunday, 6 March 2016

Adab Membaca Al-Quran(vol 1)



       Kita hendaklah menjaga dan mengamalkan adab-adab yang tertentu ketika membaca Al-Quran untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya . Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan seperti berikut :


  1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain .
      2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha 
          Esa dan ketinggian Al-Qurranul Karim . Para ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di 
          Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan
          pahala-pahala iktiqaf .

      3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih ,cantik , kemas dan dengan duduk yang sopan dan 
          tenang .

      4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut . Melalui mulut tempat mengeluarkan suara 
          menyebut ayat Al-Quran . Hadis Rasulullah S.A.W berbunyi :

           Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka 
           peliharalah dengan bersugi .

     5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah 
         berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T 
         walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita .

     6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran .

    7.  Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran .

    8.  Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib . 
         Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan
         adalah harus .



         sambungan.Insyallah. 

No comments: