Monday, 7 March 2016
Adab Membaca Al-Quran(Vol 2)
9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca istiazah :
(Auzubillahiminasy-syaitannirrajim). Kerana memohon perlindungan
Allah dari syaitan yang kena rejam .
10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah :
(Bismilllahirrahmanirrahim).
Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada
surah At-Taubah .
11. Hendaklah diulang kembali membaca istiazah apabila terputus bacaan di luar
daripada Al-Quran .
12. Hendaklah membaca dengan Tartil ( tenang dan memelihara hukum tajwid). Secara
tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa
dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa .
Firman Allah S.W.T :
Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil .
(Surah Al-Muzzammil : 4 )
13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui
tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T
Firman Allah S.W.T :
Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang
mukminin .(Surah Al-Isra': 82 )
14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap
satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan .
15. Hendaklah berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana
seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan
apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari
syaitan .
16. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan
sekali-kali meletakkan di lantai atau di tempat yang rendah .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment